Another area to shop with cash!!
Dalam itenerary, Dongdaemun Design Plaza merupakan tempat terakhir untuk hari ini (Day 2). Selepas kepenatan di Nami Island, kitorang tertidur sepanjang journey ke sini. Lepas sampai, kitorang keluar untuk lawat tempat ni. Dongdaemun dan Namdaemun market merupakan tempat yang paling best untuk shopping bg pelancong serata dunia.
Kitorang start berjalan dan menempuhi cuaca yang makin sejuk. Kitorang start melalui kawasan LED Rose Garden, tapi Azri cakap yang lampu akan keluar tepat pukul 7.00 malam. So, kitoang decide nak jalan2 dalam Design Plaza dahulu. Kat sini banyak gak jual barang2, tapi harganya takdela murah sangat. Azri kata Namdamun Market lagi murah sebab Namdaemun berkonsepkan pasar malam, bole menawar. Sini macam berkonsepkan mall/ shopping kompleks...sebab tu mahal. Nak cuci2 mata bolela.
Cahaya akan menerangi kawasan Dongdaemun pada malam hari
Dongdaemun Design Plaza (DDP) ni merangkumi 5 bahagian fungsi iaitu Art Hall, Muzeum, Design Lab, Design Market dan Dongdaemun History and Culture Park. DDP ni dimiliki oleh arkitek yang terkemuka Zaha Hadid dan menjadi bangunan yang baharu dan landmark ikonik di Korea. DDP akan menjadi pilihan untuk function2 besar macam fashion show, exhibition, convention, konsert, performance dan sume function2 besar. Tapi, time kitorang melawat tempat ni, xde ape2 function pon.
Struktur bangunan yang unik memang menjadi tumpuan bagi para2 hipster.
Kitorang melawat subway, nak merasa suasana subway Korea. Azri pon ada ajar macam mana nk naik subway in case kalau kitorang nak naik Subway malam2.
Kawasan di memang dikelilingi shopping malls. Tapi tak sempat pegi sebab kesuntukan masa. Nak gak tengok fashion2 Korea.
Kitorang kembali kat kawasan LED Rose Garden untuk menyaksikan pesta cahaya dan keindahan lampu2 waktu malam. Tapi dah pukul 7.oo, lampu still tak bukak. Kitorang tggu dalam 20 minit & Azri kata mungkin ada masalah teknikal menyababkan lampu tersebut tidak dibuka. Dengan hampanya kitorang beredar, takde rezeki nak tengok LED Rose Garden.
Sebenarnya ada cerita di sebalik LED Rose Garden ni. Tempat yang menjadi tumpuan untuk fotografi ini dilengkapi dengan 25 550 mawar LED dan keunikan struktur bangunan di sekeliling Rose Garden ini. Kemerdekaan Korea (Gwangbokjeol) pada 2015 sebagai sambutan perayaan pada tahun-70 negara Korea mencapai kemerdekaan. Dalam bahasa Korea, Gwangbokjeol bermaksud "Kembalinya Hari Cahaya" dan bilangan bunga ros di Rose Garden ini membawa maksud bilangan hari negara Korea mencapai kemerdekaan. Hasil gandaan 365 dan 70 tahun akan bersamaan dengan 25 550 mawar.
Pemandangan yang kitorang patut dapat nikmati, sepatutnya!
Lepas tu, kitorang terus naik bas & balik. Malam masih muda, kitorang plan nak kuar. Kemon, dah sampai Korea..patut jangan tidur. (bersambung...)
NEXT : Skincare and Cosmetics Heaven!! Myeongdong Shopping Street
Glad you had a good time there. I cannot travel during winter... just, cannot cope with the cold >.< limited perjalanannya haha.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my