nuffnang adds

Friday, May 5, 2017

The Royal Ground of Gyeongbokgung Palace (경복궁)


The Main Royal Palace Of The Joseon Dynasty

Patutnya, kalau ikut itenerary sebenar..kitorang patut pergi Cheonggyecheon River dulu. Sungai ni menjadi tarikan sebab ni sungai buatan manusia. Tapi memandangkan hujan yang agak lebat, Azri kata tempat ni tutup. Kalau nak pergi jugak bole tgok dari jauh je. So, kitorang decide nak pergi Cheonggyecheon River hari terakhir.

Dari Bukchon Hanok Village terus gerak ke tempat seterusnya iaitu Gyeongbokgung Palace. Masa otw ke sini, ramai giler pelancong2 yang turut melawat palace ni. Nak masuk tempat parking bas tu sampai menyebabkan kesesakan. Azri kata mau sejam hanya untuk masuk parking. Las2 driver bas kitorang decide untuk parking tepi jalan which is illegal tapi lantak la, nak cepat. Kitorang turut cepat2 smpai ditegar polis traffik sebab parking di tempat yang illegal.

Gyeongbokgung Palace ini dibina pada tahun 1395 dan mempunyai nama lain iaitu Palace Nothern. Hal ini kerana istana ini terletak di paling utara antara kesemua istana iaitu Changdeokgung (Istana Timur) dan Gyeonghuigung (Istana Barat). Gyeongbokgung Palace boleh dikatakan istana tercantik dan terbesar antara kelima-lima istana. 

Time sampai tu, Azri pergi berurusan di kaunter tiket untuk beli tiket. Hujan yang lebat still tak berhenti malah makin lebat. Kat sini ada "Changing the Guard Ceremony" iaitu upacara menukar pengawal keselamatan. Upacara ini hanya berlangsung pada pukul 11 am hingga 3 pm, so kitorang tidak berpeluang menyaksikan upacara yang unik.


When you capture the ugly moment of yourself













Geunjeongjeon Hall

Geunjeongjeon Hall ialah dewan takhta utama Gyeongbokgung Palace. Geunjeongjeon Hall ini dibina pada tahun 1395 dan kini merupakan dewan yang terbesar dan paling formal di istana. Segala urusan2 diraja akan berlangsung di Geunjeongjeon ini.















Laluan untuk raja apabila hujan. Laluan ini disambungkan dari Geunjeongjeon Hall ke pintu utama dan sepanjang jalan tersebut dilengkapi bumbung. Laluan ini bertujuan untuk perlindungan kepada raja dari hujan.












Nak sweet2 di Gyeongbokgung Palace








Partner in Crime!!

Masa jam nk dekat 5 pm, suhu makin lama makin rendah. Masing2 dah sampai limit, semua orang dah takleh tahan..nak berjalan pon tak boleh. Kitorang perasan time bercakap, bole nampak kepulan asap keluar dari mulut. Bole bayang tak betapa sejuknya waktu tu. Yang besnya, Uwan dok risau sebab masing2 berjalan tinggalkan Aiman Tino dengan Azri. Uwan risau takut Aiman Tino terjaga. Sepanjang kitorang kat sini, tak bangun langsung Aiman Tino. Punyalah nyenyak dia tidur, yela cuaca macam ni mmg la bes tidur. Bilik ber-aircond pon tak sejuk macam ni. Lagi bes time tolak stroller lalulah jalan yang tak rata...bergegar2 la stroller tu, pon tak bangun gak. Memang nyenyak sungguh si Aiman Tino tidur. Ibunya kena lah bawak gi negara2 sejuk lagi.

Aku pun habis cara nak bagi tahan sejuk. Las2 aku lilit2 scarf aku smpai tak nampak muka. Macam penjenayah pon ada jugak. Tapi tu je cari nak melindungi muka..time tu masing2 dah merah2 tangan.

Kepenatan sebab touchdown Korea terus berjalan...berjalan sehari suntuk baru check-in apartment.

Sampai2 apartment terus angkat luggage bawak naik. Apartment dia lawa & kemas tapi agak sempit. Bilik air ada tiga, dua toilet, dapur dan ruang basuh baju. Sampai2 apartment, terus aku ngn big-bro jadi head chef. Tolong sediakan makan malam untuk warga Enon, dan menu utama malam tu..nasi himpit (tu je makanan yang ada). Nak dekat 4 bungkus gak la kitorang potong malam tu. Rasa macam Hari Raya plak, tp nasi himpit ni lain sikit..makan ngn sambal bilis beserta serunding daging.







Geng2 anak dara, mak dara, nenek dara sume kat sini.

Ni actually satu katil je, tapi bahagian bawah tu ade katil gak tapi macam laci. So bole tarik keluar bila nak tidur.

Malam ni plan sebenarnya nak keluar. Jalan2 mana yang bole, yela dah sampai Korea kot..selagi bole jalan, jalan!! Malangya masing2 dah syahid sebelum pukul 10, aku lagi la..pukul 8 dah KO!!


4 comments:

  1. Rindunya nak ke korea. Sedih tak sempat nak explore Seoul :(

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok hang. Enjoy gila. Haaa... teringin nak pergi.

    ReplyDelete
  3. bila la boleh jejak korea plak. syok jgak tu

    ReplyDelete
  4. Macam sikit je orang kat sana. Waktu kami pi penuh sesak haha.

    ReplyDelete