nuffnang adds

Friday, February 17, 2017

1st Moment yang Memalukan Semasa di Alam Matrikulasi

Tarot tak ingat sangat peristiwa ini secara detail tetapi masih ada dalam ingatan. Yelah, Tarot dah masuk matriks sudah hampir tiga tahun. Seingat Tarot, minggu itu merupakan minggu kedua kuliah rasanya-lah, selepas itu Madam Fizik kitorang hendak mengadakan kuliah tambahan pada waktu malam (Rasanya nama dia Madam Sharah). Mana taknya, sistem pembelajaran di Matriks; dua hari sudah habis 1 chapter. Madam kitorang memberitahu yang malam tersebut beliau hendak membuat kelas ganti di LH5 - Lecture Hall 5 (rasanya), Tarot pon ingat la dalam kepala LH5.

Bila nak masuk waktu malam, Tarot bersiap2 nak pergi kelas. Sebab time tu awal2 sem lagi, classmate sendiri pon x ingat lagi, so selalu bergerak sendiri. Bila dah nak sampai LH5 terserempak ngn classmate (M2T9), Razak ngn Acap. Yang diorg ni antara classmate yang Tarot dah ingat. Time nak masuk LH tu, tgok ramai perempuan dok berduyun-duyun masuk. Tarot mula2 x fikir ape2 la sebab mmg tahu nisbah lelaki kepada perempuan dalam 1:8 kalau kt matrik ni. Tarot pon masuk dengan muka yang x bersalah (dahla Tarot masuk 1st). Tarot dah start rasa pelek sebab dalam tu sume perempuan (pintu masuk kat depan), pastu Tarot berpaling kt belakang ada slide yg dah terpapar kt depan dewan. Kat situ die tulis PERJUMPAAN BERSAMA FELO SERI TEJA. (rasanya seri teja, btw seri teja ni hostel budak perempuan). Terus Tarot berlari keluar macam xde hari esok. Time tu Tarot x ingat si Razak ngn Acap kat mana, Tarot rasa diorg x sempat masuk pon.

Rupenye lecturer dah tukar lokasi ke LH6, kt belakang LH5. Tarot xtau la die x inform ke, Tarot x dpt information ke atau Tarot salah dengar. Bila dah berada di lokasi yang betul, kitorg duduk. Diorang dok tegur Tarot asal muka merah giler. Muka serius rasa panas time tu, MALU weyh. Walaupun dalam tu ade air-cond, Tarot berpeluh macam nak mati. Si Razak bole plak cakap, "Kau pindah je la". Adoooi, baru minggu kedua, dah ade moment yang sangat memalukan. Tapi nasib baik gak jadi minggu awal2, xde sape lagi kenal aq waktu tu (sekarang pon bukan ade org kenal pon). Tapi nasib baik xde sape penah tegur atau ingatkan pasal bende tu. Sume dah lupe kot. Harap2.


Saje letak gambar ni, xde kene mengena pon dengan "moment memalukan". Btw, ni time sambut beday si Wan Syaz (budak yang baju oren + hitam tu). Ni sume classmate M2t9 Tarot, time ni dah nak dekat satu sem kat bumi Gopeng. Sebab tu sume dah rapat.

4 comments:

  1. oh hi there! omg ada suhail lah hahaha. referred to your comment, yes ex-kmpk /modul 3 ;') why there's no follow button kat blog uols ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye aisyah azizon! tula, aq pon tercari2 mana nk letak button follow...noobies kan

      Delete