nuffnang adds

Sunday, February 19, 2017

Menjejakkan Kaki ke Allson Kelana Resort, Seremban



Actually, tujuan Tarot pergi ke Seremban sebab Tarot diajak untuk menjadi assistant dangan kata lain PA kepada cikgu Tarot. Cikgu Yasmin is one of my teacher masa zaman sekolah menegah dahulu. Cikgu Yasmin merupakan cikgu kimia kami dan Cikgu Yasmin pernah disenaraikan pendekkan dalam Global Teacher Prize pada tahun 2015, kalau tak silap Tarot lah. Selepas itu, Cikgu Yasmin memang sangat busy sehingga tidak cukup tanah untuk dijejaki sebab menerima terlampau banyak program, ceramah-ceramah dan aktiviti daripada pelbagai pihak. 

Sebenarnya, Suhail (die penah muncul dalam A Camp to Remember, in case tidak mengenali si Suhail) yang sepatuntnya pergi program ini. Akan tetapi, beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau sudah masuk semester baru memandangkan beliau seorang budak medic. Atas sebab itulah, beliau pass peluang ini kepada Tarot dan Haikal. So, Tarot, Haikal & Alief yang jadi asisstant cikgu untuk program yang ini, memandangkan Alief & Suhail dah pegi program yang lepas kat Melaka. Btw, Alief juga rakan sekelas Tarot semasa di SMK La Salle dahulu.

Alief, yang kian meningkat berat badannya. So, dia jadi model untuk ikan bakar ni. Ni malam kitorang smpai, dinner kt kedai ikan bakar (aq x ingat nama kedai ni).


Tengoklah, makan macm tiada hari esok.

Tarot dan Haikal baru selepas bercamping di Port Dickson dua hari yang lalu. Hari ini, kami ke Seremban sekali lagi; memang berjalan sakan kitorang memanfaatkan cuti semester sebaik mungkin. Selepas kami dinner dengan sangat kenyang, kami terus bergerak ke Hotel Allson Kelana Resort. Sebelum itu, kami ke kedai sebaneka untuk membeli segala barang keperluan.

Haikal : Let's have some fun tonight. Which one do you prefer?
Tarot : Anything will do.


I prefer this one.


Touchdown!


Tarot agak terkejut sebab lobby hotel ini agak besar, nampak macam empat atau lima bintang jugalah. Yelahkan, jemputan program; mestilah beri hotel yang selesakan. Tarot mengambil peluang bergambar dan berjalan-jalan sekitar lobby, bukan senang nak sampai sini. Lagi-lagi dapat menginap di sini bukan sebab parents. Bangga sekejap.

Selfie sebaik2 smpai bilik.



 Ni bilik kitorang, quite cozy. Ada dua super-single bed.

Tarot & Alief


Ni toilet die. Siap ade bathtub lagi. Las2 sume mandi shower gak.



Selepas check-in bilik, Tarot dan Haikal keluar merayau seluruh kawasan Resort ini. Kami juga dapat lihat sebuah swimming pool yang besar dekat bawah, rasa geram je masa itu. Memang kalau boleh kami hendak terjun terus ke dalam swimming pool itu. Akan tetapi suasana agak gelap, jadi kami tidak dapat selfie pada waktu itu. Haikal cadangkan kami bergambar pada esok pagi sahaja. Lepas kitorang naik, kitorang terus mandi dan tumbang.




3 comments:

  1. Wah menariknya tulisan saudara. Saya nak tanya sikit, Haiqal and Haikal orang sama ke?

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara suhail sulaiman...untuk pengetahuan encik, Haiqal dan Haikal merupakan dua personaliti yang berbeza tetapi menetap di dalam tubuh yang sama..dan terima kasih lagi sekali kerana sudi membaca

    ReplyDelete