"Unplanned trips are the best"
Member2 sekolah La Salle Tarot ajak pergi camping dekat Port Dickson & Tarot memang berminat untuk pergi. Yelah, pergi camping salah satu "bucketlist" Tarot. Akan tetapi, hari yang mereka pilih untuk pergi camping clash ngn psychometric test Tarot. Lepas tu, Tarot jadi 50-50 hendak pergi atau tidak. Suhail ajak Tarot bersungguh-sungguh kot. Dia siap offer hotspot die untuk Tarot jawab test sebab test Tarot online je.Lepas tu, Tarot bincang dgn mak, mak bagi greenlight jadi Tarot kene bawak laptop pergi camping ni. Jadi, kitorang bertolak petang jumaat & Fadhli jadi driver kitorang.
Touchdown. Kitorang smpai nak dekat Maghrib.
Tarot dan Haikal
Acah-acah model
Apa yang Tarot boleh katakan, trip kali ni memang Adhoc. Semua benda decide last minit. Asalnya kitorang plan nak tidur kat Teluk Kemang. Pastu dok cari port yang paling best, akhirnya jumpe port terbaik. Rupa-rupanye port yang terbaik itu merupakan tanah persendirian. Ada seorang penjaga datang dan berbincang. Fadhli dan Faizal je yang deal dengan penjaga tu. Lepas tu diorang cakap yang kalau kami nak camping kat situ kene bayar total RM85 walaupun guna khemah sendiri. Dengan hampanya kitorg beredar sebab tak sanggup nak bayar. Kalau harga RM5.00 boleh consider lagi, kalau Rm85.00 lebih baik tidur resort.
Port ni dah baik kot. Kene bayar mahal pulak.
Lepas tu kitorang berjalan sepanjang Teluk Kemang sambil menikmati "sunset" yang indah.
To infinity and beyond
Haikal, Faizul, Tarot & Fadhli
Acah2 candid
Sunset
Live while we're young
Sepanjang kitorang kat sini, Suhail jadi photographer untuk kitorang.
Photographer THOR-baik ~Suhail
Selfie ngn Suhail...Yela kesian kat photographer
Ni Fadhli. Driver kitorang & businessman muda. Busy je memanjang. Pergi camping pon non-stop orang calling.
Lepas tu kitorang bincang untuk makan dulu sebab masing-masing dah lapar. Nak berbincang tidur kat mana pon dah tak boleh sebab semua orang bad mood. Kitorang singgah satu kedai sebab masa tu masing-masing mengidam coconut shake. Last-last, semua kecewa sebab coconut shake dia rasa macam hampeh. Lepas tu, kami berjalan ke sebuah kedai makan Kelantan untuk makan malam, not bad jugak la. Kami macam dalam food hunting walaupun Port Dickson bukan syurga makanan. Lepas makan, masing-masing dah bertenang dan kami mula berbincang balik. Ade orang (Tarot tak ingat siap) cadangkan tidur dalam kereta. HAHA. Pastu Faizul cadangkan Blue Lagoon, terus kitorang Waze cari tempat dia. Sebab dalam Google, nice gak ah tempat dia (seperti gambar di bawah).
Kitorang terus waze ke Blue Lagoon. Jalan masuk dia agak gelap dan menakutkan. Lepas tu, kami terlampau takut sampai kami berhenti kat sebuah hotel. Lepas tu kami berbincang lagi sebab waze pulak tunjuk arah yang salah. Lepas itu, Waze suruh masuk ke sebuah lorong gelap dan menakutkan itu. Kami pon dengan beraninya masuk jugak. Akhirnya, kami sampai dengan selamat. Ramai jugak yang camping kat sini walaupun ade sign "Dilarang Camping".
Time ni tengah cari port nak bina khemah.
Satu khemah Haikal, satu lagi Suhail pinjam cikgu punya (Tarot pon tidak tahu cikgu punya ke sekolah punya. Yang penting khemah tu besar, bole sumbat ramai orang)
Dalam proses mendirikan khemah
SIAP!!
Lepas dah berjaya mendirikan dua buah khemah, kami masuk untuk berehat. Sumpah Tarot mengantuk sejurus masuk ke dalam khemah. Dahla esok tu nak jawab test, otak perlukan rehat yang cukup. Akan tetapi Tarot perlu buat satu benda yang penting, MAKAN!! (makan lagi)
Asalnya nak buat BBQ, tapi sebab unplanned & last minute plak tu just bawak je apa2 makanan yang ada kat rumah.
Kononnya nak makan candlelight dinner. Dengan kreatif-nya terhasilah lampu macam ini.
Ini merupakan abang palap kita. Beliau sangat mahir dalam selok-belok kehidupan dengan kata lainnya "survival".
Manakala, ini Faizul. Kenapa entah lapar sangat waktu ini. Nak kata belum makan, dah makan beberapa kali sebelum sampai.
Roti Sardin.
Kitorang masak sardin macam inilah, asal dapat panaskan sahaja. Yang paling best, si Suhail beli sardin dalam tin tapi tak bawak malah tak beli pembuka tin. Memang sangat bijaksana, bijaksini dan bijaksitu. Nasib baik Tarot bawak parang dan berterima kasih kepada abang palap kita kerana berjaya membuka tin tersebut. Sepanjang kitorang makan, kitorang dihadiri seorang/ seekor(?) tetamu. So terpaksa Haikal bagi sardin ni supaya dia stop kacau kitorang. Malah, Faizul turut memberi nama kepada tetamu tersebut iaitu "Black Panther". Lepas kekeyangan, kami lepak dalam khemah untuk bermain "Werewolf".
Dalam lebih kurang pukul 12.00 malam, Tarot memang sangat mengantuk. Si driver Fadhli sudah lama masuk tidur. Memanglah kan, beliau guna paling banyak tenaga hari ini. Tarot juga hendak tidur awal sebab esok hendak jawab test. Tiba-tiba Suhail ajak Tarot keluar khemah dan baring di pantai untuk "stargazing". Stargazing juga merupakan salah satu "bucketlist" Tarot, Tarot batalkan niat untuk tidur dan terus join Suhail. Tarot siap bawak keluar bantal dan selimut lantas pergi baring bersama mereka. Mereka sudah hampar tikar betul-betul dekat dengan pantai. Memang pemandangan dan suasana dia first class langit malam tu (Sorry tiada gambar sebab gelap sangat). Bintang memang bertaburan di langit dan menerangi setiap sudut bumi dilengkapi bunyi pukulan ombak. Memang kami lupa semua masalah dunia malam tu. Tarot rasa sangat tenang dan "free", otak rasa ringan kerana lupa semua bebanan-bebanan dunia. Lama jugak la kami bermeditasi kerana perkara ini sangat "mahal". Walaupun kami tidak perlu bayar tetapi tidak semua orang dapat peluang merasai apa yang kami rasa. Tiba-tiba, kami didatangi oleh Fadhli yang terbangun sebab tidak boleh tidur, nyamuk banyak sangat katanya. Tiba-tiba anjing liar berkeliaran kat port kitorang, so terpaksa semua masuk tidur (rasa sudah pukul 4 lebih waktu itu). Tarot dan Faizul sahaja yang tidur, yang lain berjaga sampai subuh. Tarot bukan boleh tidur nyenyak, nyamuk banyak sangat (lain kali ingat, bawak ubat nyamuk atau mosquito repellent) .
Selepas itu, kitorang dikejutkan lagi sekali dengan seekor tetamu. Dahlah makan makanan kitorang pastu dengan tidak malunya tidur dalam khemah kitorang.
Inilah dia, Black Panther. Tetamu yang tidak tahu malu.
Ini khemah kitorang. Pagi ini menikmati "sunrise" pula.
Pagi itu, Tarot bangun paling lambat, 8.50 pagi. Sumua orang tengah sarapan. Pengunjung pon sudah ramai pada waktu itu. Tarot terus basuh muka kat toilet awam dan bersedia untuk jawab test pada pukul 10.00 pagi.
Sebenarnya Tarot short-listed untuk program Exchange Student 2017 jadi Tarot dikehendaki untuk menjawab soalan psychometric serentak dengan mereka yang short-listed juga. Semasa Tarot menjawab soalan-soalan ini (160 soalan total), mereka semua pergi mandi pantai tinggalkan Tarot seorang. Sungguh tidak berhati perut.
Jawab test sorang diri
Tarot hendak juga lepas gian, mandi pantai seorang diri.
Ade kayak dengan pelampung untuk disewa. Tarot sangka semua peralatan ini percuma.
Lepas itu, mereka join Tarot berendam dalam pantai. Cuaca yang panas menyebabkan kami ingin berendam dengan lebih lama. Bukan senang geng kami dan bercuti sama-sama. Lebih baik mandi sepuasnya dan hargai moment bersama. Apabila jam menunjukkan hampir pukul 12.00 tengahari, kami bersiap-siap untuk berangkat pulang.
Packing barang dan runtuhkan balik khemah.
Disinilah campsite kitorang setelah khemah di-clearkan.
Sebelum balik sempat selfie dengan ahli ke-6, Panther. Terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Panther.
Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon lagi sedapnya bunyinya)
Together We United
Sebelum balik Selangor, kami singgah Teluk Kemang untuk makan tengahari. Tarot pon order lah cendol sebabmemang teringin nak rasa cendol masa itu, memang sangat menyesal. Manis gula sahaja yang lebih. Port Dickson sememangnya bukan syurga makanan.
Abang palap kita kepenatan. Macam tak biasa pergi camp, masuk hutan bagai.
Si Faizul memang tiada kerje, selfie dengan kami yang tidur dengan penuh bergaya. Kami dah syahid sebaik-baik naik kereta tambahan perut sudah kenyang.
All in all, trip ini memang sangat best walaupun last minute dan tidak plan. Memang sangat enjoy san tidak tipu, sangat penat. Ambil masa dalam sehari jugalah nak recover. Kitorang memang nak lagi pergi bercuti lepas ini tapi mungkin pergi pulau ke. Who knows.
Malam tu Tarot ade event lain pula, tunggu post akan datang....
Kalau nak info pasal Blue Lagoon, klik link di bawah:
Wahh bestnyaaa. Seriously one of the best memories everr haha
ReplyDeleteSumpah kene buat lagi
DeleteWoi,habis saham aku jatuh dgn gmbr tido tu
ReplyDeletexpe, saham abang palap kita xkan jatuh
DeleteWait a minute, ada saham ke haikal? Hahaha
Deletemungkin ada sape tahu
ReplyDelete