nuffnang adds

Saturday, April 24, 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Syarat - syarat untuk join :

1. Copy banner diatas dan buat satu entri "GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM"

2. Dalam artikel tu, boleh cerita Apa impian raya korang untuk tahun ni. kalau takda apa nak cerita, pun ok je hehehe

3. Kalau rajin, bolehla follow blog saya dan juga follow di media sosial yang lain. Kalau rajin lagi boleh la klikkan iklan di blog saya ><

4. Ok last, komen link penyertaan korang di ruangan komen entri ni!

Tarikh Penyertaan

20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)

Hadiah
Assalamualaikum


Hi! takda angin takda ribut tiba tiba rasa nak buat giveaway kat blog! lama betul takbetul giveaway hihi. malas nak sembang banyak, meh ikut syarat mudah ni!



Impian Raya Tarot tahun ini mestilah hendak balik Raya di Negeri Sembilan. Walaupun family Tarot berada di Selangor dan Tarot dapat beraya bersama mereka tetapi Tarot hendak beraya bersama saudara-mara dan nenek. Paling best ialah makan, memang rendang, nasi impit, lontong, kek, kuih-muih, biskut raya semua terhidang pada pagi raya. Rindu suasana raya di kampung..

Friday, April 23, 2021

PART 4 - 3 Baboons on Selangor Road Trip - Taman Alam, Kuala Selangor Adventure...

 


Setelah kami selesai makan di Andra by Gula Cakery, kami terus ke destinasi seterusnya. Tarot serahkan kepada Razi untuk memandu kerana Tarot agak penat. Dalam perjalanan, Tarot dan Amin berbincang berkenaan destinasi yang harus dituju. Hasil perbincangan, kami dapat dua tempat iaitu Sky Mirror dan Bukit Melawati. Setelah dipertimbangkan, kami memilih Bukit Melawati kerana lebih senang dan tidak mengambil masa yang lama.

Perjalanan ke Bukit Melawati mengambil masa lebih kurang satu jam. Dalam perjalanan tersebut kami berhenti solat di salah sebuah masjid di Kuala Selangor. Razi juga boleh selesaikan solat jamaknya. Setelah selesai solat, kami sambung perjalanan.

Setelah kami tiba, kami lihat entrance ke Bukit Melawati tutup. Sepatutnya perkhidmatan tram disediakan tetapi tidak ada pada hari itu, mungkin sebab PKP. Hanya boleh dimasuki secara walk-in sahaja, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Jadi kami decide untuk cancel plan dan kami perasan ada satu papan tanda masuk ke Taman Alam. Tanpa lengahkan masa, kami terus masuk.


Semasa parking, kami dapati ada beberapa kereta sahaja. Mungkin kerana hari sudah lewat, waktu itu jam sudah hampir pukul 6.00 petang. Kami bergegas masuk untuk menyaksikan apa yang menarik di dalam. Kami perasan ada kaunter tiket tetapi tiada sesiapa yang menghiraukan kami. Kami decide untuk masuk sahaja.

Di bahagian pintu masuk, terdapat beberapa pejabat, teater dan sangkar besi yang sangat menarik. Kami mendapati beberapa pelawat sedang bergambar di sangkar tersebut. Satu tarikan yang paling menarik perhatian kami ialah denai alam. Denai alam ini merupakan satu laluan yang menghubungkan kawasan utama ke dalam hutan. Pada waktu itu kami tidak pasti ke mana kami akan pergi, kami berkata kalau dah jauh sangat, kami akan patah balik.

Dalam 400 meter berjalan, terdapat satu jambatan yang menghubungkan ke kawasan paya. Sebenarnya kawasan ini yang menjadi tarikan taman alam ini. Kawasan ini penuh dengan hidupan liar dan kita boleh mendekati habitat mereka. Kami dipertemukan dengan sebuah peta dan kami mendapat gambaran lebih jelas tentang kawasan ini.

Memandangkan sudah lewat petang, kami decide hanya untuk menaiki observation tower atau menara pandang.






Selfie satu kali dulu.






Kami sebenarnya masih blur dan tidak ada gambaran jelas tentang tempat ini. Apabila kami naik menara pandang, kami dapat lihat pemandangan yang sangat menakjubkan. Pada awal, kami rasa biasa sahaja tetapi bila dah lama, dengan angin sepoi-sepoi bahasa melalu di bahagian kulit anda, feel dia lain macam. Selepas itu anda akan dengar bunyi-bunyi haiwan dan dapat lihat haiwan liar seperti burung, monyet dan memerang. Pada waktu itu, kami semua layan perasaan kerana pengalaman ini tidak dapat semasa duduk di bandar. Apabila anda diam, banyak bunyi yang rare yang akan anda dengar seperti bunyi patukan burung belatuk, ciapan burung yang tidak pernah didengar dan banyak la bunyi-bunyi yang sangat mesmerising.




Pemandangan ini kelihatan seperti di Hutan Amazon. Gitew..

Setelah puas layan perasaan, kami turun untuk menikmati pemandangan di tempat lain pula. Pada waktu itu sudah hampir senja jadi nyamuk sudah berkeliaran dan menyerang kami. Kami decide untuk pulang. Sebelum itu, kami perasan satu port memang cantik untuk bergambar kerana pokok di condong dan menampakkan seperti pintu gerbang atau terowong. Jadi kami melakukan photoshoot terlebih dahulu walaupun diserang nyamuk tanpa henti.









Sebenarnya, Tarot baru buat research berkenaan Taman Alam selepas pulang. Tempat ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor dan banyak aktiviti dan program yang sering dijalankan di sini sam ada aktiviti korporat atau rekreasi. Bayaran tiket masuk ialah RM 4.00 untuk dewasa, RM 2.00 untuk kanak-kanak dan RM2.00 untuk warga emas. Tarot juga dapat tahu kawasan ini sangat popular untuk sesi photshoot pasangan berkahwin. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah mencari siput, melihat biawak hidup, melihat ikan, melihat monyet, melihat burung dan nature hunt. Basically, banyak aktiviti yang melihat la di sini.

Ada khabar berita mengatakan mereka pernah terserempak dengan harimau bintang di sini. Tidak dapat pastikan memang sahih atau sekadar khabar angin. Bagi mereka yang ingini lakukan program lebih-lebih lagi ingin membuat kajian tentang habitat di paya, anda boleh sewa chalet atau asrama. Boleh layari laman web di bawah untuk harga.


Jam sudah menunjukkan hampir jam 7.00 malam, jadi kami juga bergegas pulang kerana perjalanan pulang mengambil lebih kurang 1 jam. Sebelum itu, kami singgah stesen minyak untuk beli air mineral kerana kami semua dahaga. Air yang dibawa dari rumah sudah lama habis. Dalam perjalanan tersebut, Amin bantu Razi untuk beli tiket ke Kelantan dan tiket yang available adalah pada jam 9.30 malam. Hal ini membuatkan kami lebih bergegas balik. Amin terus KO memandangkan beliau hampir 24 jam tidak tidur. 

Selangor Road Trip sudah sampai ke penghujungnya. Trip ini ditamatkan selepas kami dinner di rumah masakan ibu Tarot dan kami hantar Razi di TBS. Kami prepare untuk next Unexpected Road Trip, nantikan....
 

Tuesday, April 20, 2021

PART 3 - 3 Baboons on Selangor Road Trip - ROTI JALA | Andra By Gula Cakery

 

Dari Serendah, kami terus ke hentian sebelah Sungai Buloh (jejantas) sebab Tarot dan Razi selalu bersiap di sini semasa menjadi Majlis Perwakilan Pelajar dahulu. Jadi kami tahu tempat ini mempunyai tempat mandi yang selesa dan ada sentimental value untuk kami berdua. Gitu.

Kelihatan Razi sangat penat selepas mandi di dua air terjun.

Kami tiba di hentian Sungai Buloh dalam jam 1.00 petang jadi kami terus mandi dan bersiap. Amin dan Tarot solat Zohor terlebih dahulu kerana kami tidak boleh jamak seperti Razi. Kami selesai segala urusan dalam jam 2.00 petang dan perjalanan ke tempat lunch kami mengambil masa 30 minit. Dalam perjalanan dari Serendah ke hentian Sungai Buloh kami berbincang dan decide untuk lunch di Andra Gula Cakery cawangan Setia Alam. Lebih details, Andra by Gula Cakery terletak di Ardence Labs, Setia Alam. Tempat orang have-have ya di sana. Kami yakin tempat ini sangat selesa untuk Razi jalani sesi interview-nya.

Memandangkan jam sudah jam 2.00 petang, kami merasakan tidak sempat untuk sampai on time dan decide untuk makan di Burger King sahaja akan tetapi Razi berkeras untuk stick to the plan. Jadi Tarot pecut ke sana supaya sampai lebih awal.

Kami sampai dalam jam 2.20 petang dan terus bergegas ke Andra by Gula Cakery. Nasib tidak menyebelahi kami kerana Andra by Gula Cakery full house tetapi pelayan tersebut mencadangkan kami ke Roti Jala. Tanpa melengahkan masa, kami setuju dan terus ke Roti Jala.

Elok kami duduk, Razi mendapat panggilan dari company yang interview tersebut. Memandangkan suasana dalam kedai agak bising, jadi Razi keluar untuk menyempurnakan sesi temu duga. By the way, interview Razi hanyalah phone session jadi beliau hanya perlu ke tempat yang sunyi supaya tiada gangguan.

Andra by Gula Cakery ini merupakan franchise akan tetapi menu dia sama sahaja dengan Gula Cakery. Akan tetapi, jika anda mempunyai membership GUla Cakery, anda tidak boleh gunakan membership tersebut di sini. Kami juga baru dapat tahu di Roti Jala ini, pelanggan boleh memesan makanan dari Andra by Gula Cakery kerana 3 kedai di sini di bawah owner sama tetapi manager yang berlainan. 3 kedai tersebut ialah Andra by Gula Cakery, Gula Creamery dan Roti Jala.

Memandangkan kami hendak tunggu Razi untuk order bersama, jadi kami order air dan sepotong kek dahulu sebab perut sudah lapar. Razi mesti lagi lapar :)

Langsung tak expect nak makan di tempat macam ini hari ini, Tarot rasa sangat selekeh. heheheh

Walaupun sebelum ini Tarot cadangkan untuk try pelbagai jenis kek, Biscoff Cheesecake tetap jadi pilihan Tarot.

Selepas hampir satu jam menunggu Razi, akhirnya beliau habis interview dengan jayanya. Kami berdoa beliau dapat menempatkan dirinya dalam syarikat tersebut. Kami terus order makanan.


Razi memesan Macadamia Salted Caramel Cheesecake. Perisa ini juga sangat lazat tetapi still tak boleh challenge Biscoff Cheesecake.

Amin order Grilled Chicken Chop dan Ice Chocolate. Untuk GCC memang boleh dikatakan sedap dan Tarot bagi rating 8/10 manakala Ice Chocolate dia agak pahit. Ada orang yang gemar rasa macam itu manakala Tarot lebih prefer rasa lemak-lemak dan milky gitu.


Razi sangat teruja dengan menu pilihannya iaitu Salmon Burger. Boleh tahan rasa dia tetapi Razi lebih prefer dan menyatakan burger Tarot lebih enak.



Tarot masih setia dengan Classic GC Beef Burger. Tarot memang recommend menu ini lebih-lebih lagi untuk penggemar burger seperti Tarot. Daging patty sangat juicy sangat enak dinikmati bersama french friens serta sos cili.
 
Mango Passionfruit Smoothies. Bagi penggemar air masam, boleh try air ini. Kalau macam Tarot yang tidak suka air masam, agak sukar untuk telan walaupun seteguk.

Muka teruja lepas dapat makan dan lepas interview.

Kami memang enjoy dan mempunyai experience yang baik di sini. Cuma Tarot merasakan Gula Cakery ini agak kecil dari segi kapasiti tempat duduk. Roti Jala juga hanya menyediakan beberapa meja untuk dine in. Mungkin mereka tidak expect untuk mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami beri rating 8/10 overall dan 10/10 untuk kek di sini. Tarot cadangkan kalau anda ingin makan di sini, lebih baik jangan waktu peak sebab mungkin tiada tempat untuk anda. Harga makanan di sini agak costly tetapi kami rasa berbaloi.

Selepas selesai makan, kami teruskan perjalan ke destinasi seterusnya. Nak tahu apa yang best, kami juga tidak tahu hendak ke mana. Nantikan entry seterusnya...





Saturday, April 17, 2021

PART 2 - 3 Baboons on Selangor Road Trip - Serendah Waterfall

 

Selepas kami balik dari Kanching, kami decide untuk pergi ke destinasi seterusnya. Sejujurnya, kami memang tiada plan yang tetap dan kami memang plan on the spot untuk pergi mana. Pada waktu itu, jam baru menunjukkan pukul 11.00 pagi. Untuk pengetahuan semua, Razi mempunyai interview kerja pada jam 2.30 petang jadi kami sudah rancang pada waktu itu kami sudah tiba di mana-mana kedai makan untuk lunch.

Tarot merasakan kita boleh pergi ke satu lagi tempat mandi atau air terjun memandangkan kami semua masih dalam keadaan basah dan masih belum salin baju. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran Tarot satu tempat ini iaitu Air Terjun Serendah. Tarot pernah dengar berkenaan tempat ini tetapi tidak pernah sampai lagi. Tarot menyuruh Amin waze dan jarak dari Kanching dalam 19 km sahaja. Jadi kami setuju dan terus mulakan perjalanan.

Selepas menggunakan Rawang By Pass, kami terus masuk exit (nama exit tak ingat). Kami hanya bergantung penuh pada waze sahaja.

Yang penting anda masuk ikut Kampung Dato' Harun dan kena lalu Sekolah Rendah Agama Serendah. Tarot hanya beritahu perjalanan dari Rawang By Pass, kalau ikut arah lain Tarot tidak pasti.


Selepas itu, kami tiba di sebuah lorong kecil dan ada satu papan tanda ke Serendah Waterfall sejauh 4km. Lorong ini sangat sempit dan agak sukar jika ada dua kenderaan berselisih dari arah bertentangan. Keadaan geografi yang penuh dengan selekoh juga menyebabkan Tarot perlu bunyikan hon apabila hendak melalui selekoh. Sampai ke kilometer kedua lorong ini, kami melalui pula perkampungan orang asli dan mereka akan menyaksikan anda dengan tenungan lain macam. Agak seram sebenarnya, makin dalam makin seram dan kami rasa macam tak sampai-sampai. Setelah 4km yang lama dan sukar akhirnya kami tiba di Air Terjun Serendah.


Sebelum tiba di kawasan air terjun terdapat sebuah taman permainan yang disediakan untuk para pengunjung.

Harga tiket di sini dia ikut per kereta dan mereka mengenakan RM2.00 kepada kami. Kami parking dan terus ke tempat air terjun. Kami tidak perlu salin baju memandangkan kami memang tidak salin baju sejak dari Kanching. Di sini juga keadaan muka bumi dia rata jadi kami tidak perlu hiking seperti di Kanching.



Apa yang Tarot boleh compare, di sini airnya lebih dalam dan luas jadi sesuai bagi mereka yang datang dalam kumpulan yang besar. Di Kanching air nya lebih jernih. Dari segi kesejukkan, kedua-dua tempat ini sama sahaja. Sebelum kami terjun, kami isi perut terlebih dahulu dengan kudapan yang dibeli semalam. Kami habiskan sandwich yang tidak dapat dihabiskan tadi serta pringles. Waktu itu hampir jam 12.00 tengah hari jadi perut sudah mula rasa lapar.

Kami puji tempat ini kerana tiada monyet atau kera yang menyerang atau mengambil harta benda kami. Kami boleh bermandi dengan tenang. Di sini air dia akan dalam lebih-lebih bahagian air jatuh ke tanah. Agak merisaukan apabila air tersebut makin lama-makin dalam kaki hampir tidak cecah. Tarot nasihatkan hati-hati sahaja kepada pengunjung lebih-lebih lagi kanak-kanak. Yang lebih menarik, kami boleh lalu di belakang air terjun dan menyaksikan air betul-betul mengalir depan muka kita.


Dalam keseronokkan melayan perasaan serta nikmati kesejukan air di sini tiba-tiba kami terdengar bunyi jeritan seseorang. Kami melihat beberapa ekor kera sedang mulakan misi untuk mencuri makanan. Mungkin waktu ini waktu lunch mereka dan salah seekor kera berjaya mengambil roti dari group yang lain. Tarot sangat cemas kerana semua barang peribadi kami berada dalam satu beg. Jika kera tersebut curi beg itu, tidak baliklah kami. Kami merasakan ini petanda untuk kami pulang. Jadi kami decide untuk berhenti dan terus ke destinasi seterusnya. Kami terpaksa balik awal di kedua-dua tempat kerana diserang oleh kera. Akan tetapi, kami yang memasuki ke habitat mereka jadi pengunjung memang patut bersedia untuk menghadapi serangan dari kera-kera ini. Nasihat Tarot cuma jaga diri dan barang peribadi anda. 


Kami terus naik kereta dan ke Kawasan Rehat Jejantas Sungai Buloh kerana di sana ada tempat mandi. Apa-apa pon pengalaman kami di sini sangat mereka lebih-lebih lagi untuk nature lover.


Thursday, April 15, 2021

PART 1 - 3 Baboons on Selangor Road Trip - Air Terjun Sungai Kanching, Taman Eko Rimba Kanching

 


Road Trip di Selangor ini memang sangat unexpected dan tiada long-term punya plan. Cerita dia bermula apabila Razi tiba-tiba call Tarot kata nak mari KL beberapa sebelum itu. Itu pun dia cakap tak confirm lagi nak datang atau tidak.


Apabila beliau betul-betul confirm, Tarot minta cuti untuk bawa dia pusing-pusing makan angin. Asal dia nak bawa Razi pergi Port Dickson atau Janda Baik tetapi kita tidak boleh rentas negeri jadi kena bawa sekitar Selangor sahaja. Tarot cadangkan kami pergi hiking kerana Kanching Waterfall memang sangat menarik dan cantik.


Razi datang KL sehari sebelum itu untuk hadirkan diri ke satu program bawah Niosh. Pada belah petang, beliau sudah free. Habis sahaja kerja, Tarot pergi bawa di shopping makanan untuk esok. Tarot juga decide untuk ajak Amin sekali memandangkan beliau juga suka hiking2 ni.

Kami decide untuk gerak jam 6.00 pagi untuk menyaksikan keindahan sunrise di sana. Razi memang tidur di rumah Tarot jadi senang untuk gerak sekali manakala Amin baru habis kerja (beliau syif malam), kami ambil dia di rumah. Mak Tarot telah menyediakan bekalan secukupnya seperti nasi lemak dan sandwiches.

Pagi itu kami bangun awal tapi sebab kalut-kalut akhirnya kami bertolak hampir pukul 7.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dan jalan agak lengang. Maybe semua orang masih belum keluar kerja lagi. Kami menyuruh Amin supaya tidur sejenak memandangkan beliau masih belum tidur sejak balik dari kerja dan beliau tak tidur pon.

Kami tiba di sini lebih kurang jam 7.50 pagi dan kami lihat pagar di berkunci. Kelihatan beberapa kereta dan orang tunggu di luar pagar. Selepas itu, kami lihat ada satu notis menyatakan tempat ini akan mula operasi pada jam 8.00 pagi jadi kami tunggu selama 10 minit. Kami decide untuk parking jauh sikit sebab parking yang jauh sikit itu percuma. Kalau parking dalam kawasan itu dalam RM5.00.


Kanching Waterfall ini dibawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor di mana akan berada bawah Kementerian Pelancongan. Harga per entrance ialah RM2.00 satu orang. Mungkin harga dia murah sebab ada subsidi kerajaan.



Tarot pernah datang ke sini sebelum ini dan ini merupakan kali ketiga Tarot. Trail hiking di sini boleh dikatakan mencabar tapi tidak ada masalah bagi para hikers di luar sana. Kanching Waterfall dilengkapi dengan 7 checkpoints dan setiap checkpoint ialah port untuk mandi. Sebelum mulakan ekspidisi ini, Tarot bekalkan semua orang 2 energy bar supaya tidak pengsan nanti.






Di sini merupakan checkpoint ketiga, di sini tempat mandi paling luas dan sesuai untuk mereka yang hadir dalam kelompok yang besar atau mempunyai anak kecil.

Kami teruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya. Di sini sudah mula anak tangga dan level of difficulty dia juga agak mencabar.




Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera.

Saat ini kami sudah sampai ke checkpoint 4, di sini ruang agak sempit untuk mandi kerana di sini dipenuhi batu-batu.

Checkpoint 5, nampak la muka Razi dan pucat setibanya di sini. Di sini juga orang agak kurang kerana di sini air agak tohor.

Saat kami sudah tiba di checkpoint terakhir iaitu checkpoint 7, kami decide untuk sambung perjalanan. Perjalanan selepas checkpoint 7 sudah tiada trail yang proper cuma ada batu sahaja. Jadi kami akan memanjat batu tersebut dan ada bahagian yang connect ke bahagian air terjun. Pemandangan memang sangat cantik tetapi agak bahaya kerana permukaan batu yang licin. Tarot nasihatkan agar berhati-hati jika sampai ke kawasan ini.


Antara pemandangan yang dinikmati, memang lebih cantik semasa lihat menggunakan mata sendiri pada waktu itu. Sangat bersyukur dengan ciptaan Allah pada waktu itu.




Selepas kami menikmati suasana di puncak atau almost puncak itu, kami decide untuk turun ke checkpoint 6 kerana kami rasa checkpoint ini paling menarik dan sesuai untuk kami mandi.

Kami terus salin baju dan terjun ke dalam sungai ini. Pada waktu itu, jam hampir pukul 9.00 pagi dan air dia sangat amat terlampau sejuk. Kami berendam sambil menggigil tetapi bila lagi kan nak rasa pengalaman macam ini. Lagi menarik, kami merupakan group pertama yang menapak di checkpoint ini pada hari tersebut.










Pada saat ini, dua-dua sedang menahan kesejukkan air sungai Kanching ini.

Dalam beberapa minit, kami terus makan sebab masing-masing terus lapar. Badan perlukan makanan sebab tenaga habis nak counter kesejukkan. Tarot bukalah semua juadah yang ada seperti sandwich telur, nasi lemak dan sandwich tuna. Selepas makan, kami sambung berendam. Tempat ini sangat sesuai untuk rehatkan badan dan tenangkan fikiran.



Apabila jam hampir 10 lebih, orang semakin ramai. Banyak group sudah datang menapak di checkpoint ini. Itu ok lagi, yang legi best kami mula diserang oleh kera-kera. Kami dapat merasakan pada waktu itu merupakan waktu makan mereka jadi mereka quite aggresive. Lagi best, Razi tengah makan waktu itu juga hampir diserang. Kami terpaksa baling batu atau kayu untuk menghalau mereka. Kami juga rasa itu petanda untuk kami turun jadi kami berkemas dan turun.


Kami sampai ke base balik almost jam 11.00 pagi. Kami terus ke tempat seterusnya kerana Selangor Road Trip masih belum berakhir....(bersambung)