Setelah kami selesai makan di Andra by Gula Cakery, kami terus ke destinasi seterusnya. Tarot serahkan kepada Razi untuk memandu kerana Tarot agak penat. Dalam perjalanan, Tarot dan Amin berbincang berkenaan destinasi yang harus dituju. Hasil perbincangan, kami dapat dua tempat iaitu Sky Mirror dan Bukit Melawati. Setelah dipertimbangkan, kami memilih Bukit Melawati kerana lebih senang dan tidak mengambil masa yang lama.
Perjalanan ke Bukit Melawati mengambil masa lebih kurang satu jam. Dalam perjalanan tersebut kami berhenti solat di salah sebuah masjid di Kuala Selangor. Razi juga boleh selesaikan solat jamaknya. Setelah selesai solat, kami sambung perjalanan.
Setelah kami tiba, kami lihat entrance ke Bukit Melawati tutup. Sepatutnya perkhidmatan tram disediakan tetapi tidak ada pada hari itu, mungkin sebab PKP. Hanya boleh dimasuki secara walk-in sahaja, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Jadi kami decide untuk cancel plan dan kami perasan ada satu papan tanda masuk ke Taman Alam. Tanpa lengahkan masa, kami terus masuk.
Semasa parking, kami dapati ada beberapa kereta sahaja. Mungkin kerana hari sudah lewat, waktu itu jam sudah hampir pukul 6.00 petang. Kami bergegas masuk untuk menyaksikan apa yang menarik di dalam. Kami perasan ada kaunter tiket tetapi tiada sesiapa yang menghiraukan kami. Kami decide untuk masuk sahaja.
Di bahagian pintu masuk, terdapat beberapa pejabat, teater dan sangkar besi yang sangat menarik. Kami mendapati beberapa pelawat sedang bergambar di sangkar tersebut. Satu tarikan yang paling menarik perhatian kami ialah denai alam. Denai alam ini merupakan satu laluan yang menghubungkan kawasan utama ke dalam hutan. Pada waktu itu kami tidak pasti ke mana kami akan pergi, kami berkata kalau dah jauh sangat, kami akan patah balik.
Dalam 400 meter berjalan, terdapat satu jambatan yang menghubungkan ke kawasan paya. Sebenarnya kawasan ini yang menjadi tarikan taman alam ini. Kawasan ini penuh dengan hidupan liar dan kita boleh mendekati habitat mereka. Kami dipertemukan dengan sebuah peta dan kami mendapat gambaran lebih jelas tentang kawasan ini.
Selfie satu kali dulu.
Kami sebenarnya masih blur dan tidak ada gambaran jelas tentang tempat ini. Apabila kami naik menara pandang, kami dapat lihat pemandangan yang sangat menakjubkan. Pada awal, kami rasa biasa sahaja tetapi bila dah lama, dengan angin sepoi-sepoi bahasa melalu di bahagian kulit anda, feel dia lain macam. Selepas itu anda akan dengar bunyi-bunyi haiwan dan dapat lihat haiwan liar seperti burung, monyet dan memerang. Pada waktu itu, kami semua layan perasaan kerana pengalaman ini tidak dapat semasa duduk di bandar. Apabila anda diam, banyak bunyi yang rare yang akan anda dengar seperti bunyi patukan burung belatuk, ciapan burung yang tidak pernah didengar dan banyak la bunyi-bunyi yang sangat mesmerising.
Pemandangan ini kelihatan seperti di Hutan Amazon. Gitew..
Setelah puas layan perasaan, kami turun untuk menikmati pemandangan di tempat lain pula. Pada waktu itu sudah hampir senja jadi nyamuk sudah berkeliaran dan menyerang kami. Kami decide untuk pulang. Sebelum itu, kami perasan satu port memang cantik untuk bergambar kerana pokok di condong dan menampakkan seperti pintu gerbang atau terowong. Jadi kami melakukan photoshoot terlebih dahulu walaupun diserang nyamuk tanpa henti.
Sebenarnya, Tarot baru buat research berkenaan Taman Alam selepas pulang. Tempat ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor dan banyak aktiviti dan program yang sering dijalankan di sini sam ada aktiviti korporat atau rekreasi. Bayaran tiket masuk ialah RM 4.00 untuk dewasa, RM 2.00 untuk kanak-kanak dan RM2.00 untuk warga emas. Tarot juga dapat tahu kawasan ini sangat popular untuk sesi photshoot pasangan berkahwin. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah mencari siput, melihat biawak hidup, melihat ikan, melihat monyet, melihat burung dan nature hunt. Basically, banyak aktiviti yang melihat la di sini.
Ada khabar berita mengatakan mereka pernah terserempak dengan harimau bintang di sini. Tidak dapat pastikan memang sahih atau sekadar khabar angin. Bagi mereka yang ingini lakukan program lebih-lebih lagi ingin membuat kajian tentang habitat di paya, anda boleh sewa chalet atau asrama. Boleh layari laman web di bawah untuk harga.
Jam sudah menunjukkan hampir jam 7.00 malam, jadi kami juga bergegas pulang kerana perjalanan pulang mengambil lebih kurang 1 jam. Sebelum itu, kami singgah stesen minyak untuk beli air mineral kerana kami semua dahaga. Air yang dibawa dari rumah sudah lama habis. Dalam perjalanan tersebut, Amin bantu Razi untuk beli tiket ke Kelantan dan tiket yang available adalah pada jam 9.30 malam. Hal ini membuatkan kami lebih bergegas balik. Amin terus KO memandangkan beliau hampir 24 jam tidak tidur.
Selangor Road Trip sudah sampai ke penghujungnya. Trip ini ditamatkan selepas kami dinner di rumah masakan ibu Tarot dan kami hantar Razi di TBS. Kami prepare untuk next Unexpected Road Trip, nantikan....
tak pernah ada kesempatan ke Tmn Alam walau kerap berkunjung ke Kuala Selangor..perhaps next time
ReplyDeleteBestnya boleh pergi ni
ReplyDeletewahh bestnya dapat jalan jalan
ReplyDeletecantiknya tempat ni
ReplyDelete