nuffnang adds

Tuesday, April 13, 2021

Pastry Paradise - My 24th Birthday Celebration at Gula Cakery, Kota Damansara

 


Negara kita sudah capai setahun dari hari pertama lockdown disebabkan covid-19. Seluruh rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk berada di luar. Sejak hari itu, banyak syarikat yang terjejas dan salah satu sektor yang terkesan ialah sektor perkhidmatan (makanan/ restoran). Dalam masa yang sama, Tarot juga memang sudah lama tidak dapat rasa pengalaman makan di luar. Kira langkah ini bagi tujuan meningkatkan semula ekonomi yang terjejas tempoh hari.

Amin decide nak belanja Tarot pada hari lahir Tarot walaupun sudah hampir sebulan berlalu. Orang nak belanja, jadi Tarot ON sahaja. Family Tarot tiada di rumah kerana mereka semua menghadirkan diri ke kenduri Suhail di Terengganu. Tarot tidak dapat hadirkan diri kerana terpaksa bekerja.

Naquib mencadangkan untuk celebrate di Gula Cakery kerana di sini tempat makan yang baharu dan menghidangkan pelbagai kek yang lazat. Gula Cakery terdapat beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan kami memilih cawangan di Kota Damansara kerana paling hampir dengan kami.

Pengasas bagi Gula Cakery ialah Arieni Ritzal dan beliau memulakan perniagaan bersama keluarga beliau. Pada mulanya, beliau membuka kedai kek dan kelas bakery bawah nama Gula Bakery. Setelah menimba ilmu dalam dunia pastry, beliau telah mengembangkan perniaagaannya dan rebrand menjadi Gula Cakery.

Di sini terdapat pelbagai jenis kek yang unik dan kelihatan sangat lazat. Tarot rambang mata untuk pilih.

Semestinya, kepelbagaian kek yang menjadi tarikan. Akan tetapi, menu-menu utama seperti nasi, pasta dan burger juga boleh dinikmati di sini. Pendapat Tarot, anda perlu mencuba setiap kek di sini jadi memang kena datang sini berkali-kali sebab perisa kek di sini pelbagai.

Tarot bekerja pada hari ini jadi kami bergerak selepas Maghrib kerana agak sukar untuk solat di luar lagi-lagi musim PKP ini. Lokasi Gula Cakery di Kota Damansara di dalam Tropicana Gardens Mall di CC 47, Concourse Floor. Ruang untuk dine in di sini tidak begitu besar jadi agak sukar jika anda hadir dalam kelompok besar. Jika datang dalam 2 atau 3 orang lebih mudah.







Passion Minty Lime Sparkler 



Signature Tomato Rice with Ayam Masak Merah, Spaghetti Masak Lemak Cili Api dan Classic GC Beef Burger.




Kami memilih menu yang pelbagai kerana ingin merasa kepelbagai juadah di sini. Pandangan jujur Tarot, nasi tomato sedap cuma rasa dia standard rasa tomato dan ayam masak merah kat kenduri. Yalah, nasi tomato dan ayam merah nak buat rasa macam mana lagi kan. Kalau terlampau lain, lagi pelik rasa dia nanti. Untuk spaghetti masak lemak cili api, memang kelainan yang unik untuk dirasa di lidah anda. Pada awalnya, Tarot agak terkejut sebab spaghetti dan masak lemak macam tidak kena tapi agak mengejutkan kerana rasa dia blend ini dan sedap juga untuk dinikmati. Manakala beef burger dia memang menghidangkan beef patty yang sangat lazat.

Amin menyuruh Tarot untuk membuat pilihan kek dan menyarankan untuk pilih 2 slice kek. Tarot sangat rambang mata sehingga tidak dapat buat pilihan. Semua kek nampak lazat dan sememangnya kek di sini menjadi keistimewaan di Gula Cakery.

Akhirnya, Biscoff Cheesecake menjadi pilihan Tarot. Kek ini sangat lazat dan Tarot akan manjadikan perisa ini sebagai pilihan selepas ini.

Chocolate Pavlova.




Sememangnya pengalaman kami menikmati juadah di sini sangat best terutamanya kek dia. Harga untuk satu slice kek agak pricey tetapi memang sangat berbaloi dan kita tidak akan complaint setelah menikmati kelazatan kek ini. Gula Cakery juga menyediakan perkidmatan delivery (kek sahaja) jadi anda boleh lawat akaun instagram gula cakery gulacakery dan boleh lakukan pesanan di akaun tersebut.
    Happy Birthday to me. Thank you Amin dan Naquib for special treat.


    No comments:

    Post a Comment