Road Trip di Selangor ini memang sangat unexpected dan tiada long-term punya plan. Cerita dia bermula apabila Razi tiba-tiba call Tarot kata nak mari KL beberapa sebelum itu. Itu pun dia cakap tak confirm lagi nak datang atau tidak.
Apabila beliau betul-betul confirm, Tarot minta cuti untuk bawa dia pusing-pusing makan angin. Asal dia nak bawa Razi pergi Port Dickson atau Janda Baik tetapi kita tidak boleh rentas negeri jadi kena bawa sekitar Selangor sahaja. Tarot cadangkan kami pergi hiking kerana Kanching Waterfall memang sangat menarik dan cantik.
Razi datang KL sehari sebelum itu untuk hadirkan diri ke satu program bawah Niosh. Pada belah petang, beliau sudah free. Habis sahaja kerja, Tarot pergi bawa di shopping makanan untuk esok. Tarot juga decide untuk ajak Amin sekali memandangkan beliau juga suka hiking2 ni.
Kami decide untuk gerak jam 6.00 pagi untuk menyaksikan keindahan sunrise di sana. Razi memang tidur di rumah Tarot jadi senang untuk gerak sekali manakala Amin baru habis kerja (beliau syif malam), kami ambil dia di rumah. Mak Tarot telah menyediakan bekalan secukupnya seperti nasi lemak dan sandwiches.
Pagi itu kami bangun awal tapi sebab kalut-kalut akhirnya kami bertolak hampir pukul 7.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dan jalan agak lengang. Maybe semua orang masih belum keluar kerja lagi. Kami menyuruh Amin supaya tidur sejenak memandangkan beliau masih belum tidur sejak balik dari kerja dan beliau tak tidur pon.
Kami tiba di sini lebih kurang jam 7.50 pagi dan kami lihat pagar di berkunci. Kelihatan beberapa kereta dan orang tunggu di luar pagar. Selepas itu, kami lihat ada satu notis menyatakan tempat ini akan mula operasi pada jam 8.00 pagi jadi kami tunggu selama 10 minit. Kami decide untuk parking jauh sikit sebab parking yang jauh sikit itu percuma. Kalau parking dalam kawasan itu dalam RM5.00.
Kanching Waterfall ini dibawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor di mana akan berada bawah Kementerian Pelancongan. Harga per entrance ialah RM2.00 satu orang. Mungkin harga dia murah sebab ada subsidi kerajaan.
Tarot pernah datang ke sini sebelum ini dan ini merupakan kali ketiga Tarot. Trail hiking di sini boleh dikatakan mencabar tapi tidak ada masalah bagi para hikers di luar sana. Kanching Waterfall dilengkapi dengan 7 checkpoints dan setiap checkpoint ialah port untuk mandi. Sebelum mulakan ekspidisi ini, Tarot bekalkan semua orang 2 energy bar supaya tidak pengsan nanti.
Di sini merupakan checkpoint ketiga, di sini tempat mandi paling luas dan sesuai untuk mereka yang hadir dalam kelompok yang besar atau mempunyai anak kecil.
Kami teruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya. Di sini sudah mula anak tangga dan level of difficulty dia juga agak mencabar.
Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera.
Saat ini kami sudah sampai ke checkpoint 4, di sini ruang agak sempit untuk mandi kerana di sini dipenuhi batu-batu.
Checkpoint 5, nampak la muka Razi dan pucat setibanya di sini. Di sini juga orang agak kurang kerana di sini air agak tohor.
Saat kami sudah tiba di checkpoint terakhir iaitu checkpoint 7, kami decide untuk sambung perjalanan. Perjalanan selepas checkpoint 7 sudah tiada trail yang proper cuma ada batu sahaja. Jadi kami akan memanjat batu tersebut dan ada bahagian yang connect ke bahagian air terjun. Pemandangan memang sangat cantik tetapi agak bahaya kerana permukaan batu yang licin. Tarot nasihatkan agar berhati-hati jika sampai ke kawasan ini.
Antara pemandangan yang dinikmati, memang lebih cantik semasa lihat menggunakan mata sendiri pada waktu itu. Sangat bersyukur dengan ciptaan Allah pada waktu itu.
Selepas kami menikmati suasana di puncak atau almost puncak itu, kami decide untuk turun ke checkpoint 6 kerana kami rasa checkpoint ini paling menarik dan sesuai untuk kami mandi.
Kami terus salin baju dan terjun ke dalam sungai ini. Pada waktu itu, jam hampir pukul 9.00 pagi dan air dia sangat amat terlampau sejuk. Kami berendam sambil menggigil tetapi bila lagi kan nak rasa pengalaman macam ini. Lagi menarik, kami merupakan group pertama yang menapak di checkpoint ini pada hari tersebut.
Pada saat ini, dua-dua sedang menahan kesejukkan air sungai Kanching ini.
Dalam beberapa minit, kami terus makan sebab masing-masing terus lapar. Badan perlukan makanan sebab tenaga habis nak counter kesejukkan. Tarot bukalah semua juadah yang ada seperti sandwich telur, nasi lemak dan sandwich tuna. Selepas makan, kami sambung berendam. Tempat ini sangat sesuai untuk rehatkan badan dan tenangkan fikiran.
Apabila jam hampir 10 lebih, orang semakin ramai. Banyak group sudah datang menapak di checkpoint ini. Itu ok lagi, yang legi best kami mula diserang oleh kera-kera. Kami dapat merasakan pada waktu itu merupakan waktu makan mereka jadi mereka quite aggresive. Lagi best, Razi tengah makan waktu itu juga hampir diserang. Kami terpaksa baling batu atau kayu untuk menghalau mereka. Kami juga rasa itu petanda untuk kami turun jadi kami berkemas dan turun.
Kami sampai ke base balik almost jam 11.00 pagi. Kami terus ke tempat seterusnya kerana Selangor Road Trip masih belum berakhir....(bersambung)
No comments:
Post a Comment