nuffnang adds

Tuesday, April 11, 2017

Bom Lama ditemui di Sekitar Kompleks Sukan UniMAP

Bom mortar yang disaluti tanah dianggar berat melebihi 200 kilogram ditemui di kawasan projek tangki air di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Perlis, pagi tadi- Foto Ihsan UniMAP

ARAU: Sebutir bom jenis mortar berkemungkinan peninggalan zaman penjajah ditemui berhampiran kawasan tapak projek pembinaan tangki air di Kompleks Sukan di kampus utama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pagi tadi. Bom dianggar berat melebihi 200 kilogram itu ditemui seorang pekerja binaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Pembangunan dan Kontraktor UniMAP. 

Ketua Polis daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, mengesahkan penemuan bom lama itu selepas satu laporan dibuat pihak UniMAP di Balai Polis Arau, jam 12.30 tengah hari. "Susulan laporan itu, kita mengambil tindakan segera dengan melakukan penutupan sementara kawasan berkenaan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini "Kita sudah hubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan pihak berkenaan akan melakukan pemusnahan dalam tempoh terdekat," katanya ketikak dihubungi BH, hari ini. 

Nanda berharaporang ramai tidak panik kerana bom yang dianggar berusia lebih 40 tahun itu berada jauh dari lokasi kampus dan kawasan yang sedang dijalankan kerja membina tangki air itu juga sudah ditutup.


No comments:

Post a Comment