Wednesday, April 12, 2017

Melancong ke Ladang Kelulut, Segamat

Pada satu pagi Ahad yang hening (sangat pagi), aku dikejutkan oleh my parents. Diorang suruh aku bangun seraya bersiap untuk bertolak ke Segamat, Johor. Sebenarnya, kitorang pon tak tau apa tujuan kitorang pergi Johor ni, kitorang pergi under komuniti perumahan kitorang. Diorang taja kos perjalanan & kos makan, kita just bawak duit untuk shopping je. Itu je maklumat yang kitorang dapat. Time ni aku cuti seminggu (cuti mid-sem) & 6 hari aq bercuti di Korea, so pergi je la sbb nak spend masa ngn my parents. My parents tak pergi Korea. 

Kitorang bertolak pukul 7 & sampai lebih kurang pukul 10. Aku tidur je sepanjang perjalanan sebab penat sangat. Aku baru bertolak dari Perlis beberapa hari lepas, baru sampai Selangor terus pergi Johor. Mana tak barai badan aku.

Bila sampai je, baru aku tahu yang aku tengah melawat ladang kelulut terbesar di Malaysia iaitu di Segamat, Johor. Nama tempat ni Nova Babylon Sdn Bhd, memang syarikat yang mengusahakan madu yang dihasilkan oleh kelulut. Kelulut ni spesies lebah yang tidak menyengat, mengumpul dan menghasilkan madu dari pokok manggis, durian & segala jenis pokok yang boleh.

Dalam kotak tu ade sarang kelulut. Dekat situ la terkumpulnya madu yang dihasilkan oleh para kelulut.

Dalam ladang ni, sekitar 500 sarang kelulut ditempatkan secara berselerak.

Masa ni, pekerja syarikat Nova Babylon bagi sedikit taklimat & info tentang habitat kelulut.


Sebenarnya, kotak ni ditutup dari atas. Ada satu je jalan keluar masuk untuk kelulut ni. Kalau korang nampak ada satu lubang sebagai pintu utama untuk kelulut ni keluar masuk. Sarang die ditutup bagi tujuan perlindungan.




Selain madu kelulut, banyak jugak tumbuhan yang ada di ladang ni. Semua tumbuhan tu semua ada fungsi in term of kesihatan. Ada yang merawat kencing manis, darah tinggi, gout...bagi tujuan meningkatkan tenaga batin pon ade..Hik Hik Hik

My parents


Yang tag leher tu memang kene pakai bagi tujuan nk sort group. Sebab time tu ada banyak group, ade yang dari Sepang, Banting...so bagi tujuan taknak mixed up, diorang bagi tag tu.


Lepas habis lawatan ke ladang kelulut tu, ade marketing manager bagi taklimat pasal madu kelulut. Die bagi input yang banyak nk dekat 2 jam. Aku sampai mengantuk2 dengar. Yang aku ingat propolis tu ada banyak kegunaan dari merawat resdung, buasir, jerawat, tidak bertenaga, lemah tenaga batin (tak habis2 ngn tenaga batin) sampai kurang kecerdasan otak. Aku macam beminat, tapi harga die yang agak costly, aku x jadi beli. Aku rasa harga die mencecah RM 150 untuk 6 botol kecil propolis. Bapak aku pon beli dua botol madu kelulut je, tu pun dah RM 100.

Lepas taklimat tu habis, kitorang terus gerak ke Madrasah untuk makan tengah hari. Sedap gak la makan time lapar2 tu. Habis makan & solat, gerak ke pejabat utama Nova Babylon. Ada ceramah dari CEO syarikat ni. Time tu ramai dah tak larat nak dengar, sume duduk je terdampar kat sofa. Dalam pukul 6, singgah tangkak & terus bertolak balik. Kitorang sampai Selangor dalam pukul 10 lebih rasanya. 

For info: 



1 comment: