nuffnang adds

Saturday, February 25, 2017

"You Jump? I Jump!!" Jump Street Trampoline Park Malaysia


Jumstreet ni kitorang plan masa kitorg (Aq, Haikal & Alief) kt Allson tu. Kitorg plan nak kuar lagi sbb cuti banyak lagi kot (padahal tinggal seminggu je). Lagi satu, Aq nk kuar ngn Amin sbb die terus keje sebaik2 cuti sem ni. X sempat nk jumpe langsung, terus masuk keje. Kire kitorg plan ni hari yg sama die cuti untuk minggu tu.

Tapi aq baru perasan, hari yg kitorg plan tu jatuh pada hari Thaipussam, konfem ramai org. Terus kitorg salahkan Amin (walaupun die x bersalah pon). Btw, Amin pon salah sorg ex-classmate masa sekolah La Salle, sekarang amek Chemical Engineering kt Uitm Shah Alam. Selalu die yang selalu ada dgn aq untuk apa2 event, tapi kali ni die yg paling susah nk muncul (Yela, keje kan). Dan sebenarnya, aq pon baru perasan, setiap kali keluar dalam cuti semester ni...Haikal mesti ada dgn aq.


Ni pintu masuk Jump Street.


Kitorg pergi ke Jumpstreet Trampoline Parks Malaysia ni dua hari selepas pergi Seremban- Be am Assistant to The Global Award Teacher . Aq bertolak dalam pukul 11 pg pickup Amin ngn Haikal terus bertolak pergi sana. Dari rumah aq dalam 10 minit, Alief gerak sendiri sbb rumah die lagi dekat ngn tempat tu. Dan apa yang mengejutkan, Alief yg smpai lewat. (mata ke atas)



Kitorg tgok harga tiket, RM 26 (x termasuk stokin) utk satu jam. Lepas tu tgok poster atas, RM 30 untuk unlimited jumping, die siap bgtau bole stay smpai tutup (pukul 9 mlm). Memang kitorg amek yg unlimited la..btw RM 5 utk sepasang stokin. Aq x beli sebab aq dah ade stokin Flipout, aq penah pegi satu masa dahulu..post pasal tu mungkin ada. Sape tahu?


Bile dah settle bayar sume, terus kitorg masuk & LOMPAT. Mule2 tmpat ni ramai tp lepas bbrp jam terkejut gak la sbb xdela seramai yg disangka. Kitorg start dgn stretching & terus mula. Paling bes, x sampai 10 minit..masing2 macam nak mati. Sekarang baru tahu kenapa die buat promotion unlimited tu..mmg kite xkan tahan lama kt sini. Bijak gak diorg, dpt untung RM 4 setiap orang.

Adegan mereka melompat...tp masing2 xde style lgsung...Haikal lagi best, statik terus

Ni la kitorg lepas 10 minit lompat atas trampoline. Separuh nyawa tinggal.

Jumping..with dab-style

Ni xtau la gaya apa...Spartan, maybe??

Lepas rehat (padahal baru main 10 minit), kitorang explore seluruh kawasan tu. Kitorg try sume sports yang ada. Sports yg ada including basketball, dodge-ball n handball (ade ke) & semua sports ni die buat trampoline-based. Kire pergerakan time main lagi unlimited sbb bole lompat lagi tinggi (penat kau tau x).




Ni lepas main dodge-ball. Lagi sekali kitorg rehat jap sbb rasa macam nk tercabut nyawa.

Dalam beberapa jam kitorang "melompat", kitorg stop kejap. Kitorg keluar (bole keluar masuk dr kawasan tu dengan syarat jgn cabut tag kat tangan) untuk lunch & solat. Ada makanan dijual kt sini tp harga dia pon "melompat2". Lebih baik makan kat luar. Lepas lunch & solat, kitorg masuk balik sini tapi masing2 dah lemau. So, kitorg bergambar je la.



Bergambar dengan dinding mural yang menjadi mercu tanda kat Jumpstreet ni.

Ni si Amin yang sukar kelihatan (dikesan) sepanjang cuti semester ni. Sumpah payah giler nak jumpa dia..kalau jumpe, rasa nk buat sujud syukur.

Aq cuba nak buat macam simbol ikon Jumpstreet ni. Sama kan? :)



Ni time balik. Dalam pukul 3 lebih macam tu la, muscle rasa macam nak terkoyak. Mmg dah xle nk go on. So, better kitorg balik sbb tempat tu quite panas..Jumstreet ni macam dalam gudang.

"Jangan tgkap gambar aq", bajet femes je..

Agak sedih sebab cuti sem almost over. Kene hadap semester baru yg penuh dgn dugaan (walaupun blom masuk dah tau byk dugaan). Dan..time ni las jumpe Alief ngn Haikal utk cuti ni. Amin jumpe  lagi for the last time, post bakal menyusul.

Seriously, mmg penat giler Jumpstreet ni, kene prepare fizikal sebelom masuk kalau x jadi macam kitorg. Aq lagi la, bangun keesokan harinya..sakit seluruh badan, nak jalan pon sakit. Btw, balik dr Jumpstreet ni, aq ade event lain with my big-bro. Tunggu post akan datang...

Information needed:
https://www.facebook.com/JumpStreetAsia/

4 comments: