(Perlis-Tanjung Malim-Pudu Raya-Seremban-Jempul)
Actually, aku tak rancang pon nak balik minggu ni. Kisah perjalanan aku ni sebenarnya nak menghadirkan diri ke majlis pertunangan satu2nya mak cik aku yang masih single, Nek Nuk. Cite dia macam ni, aku memang takde niat nak balik kampung aku kat negeri sembilan tu walaupun cuti tiga hari (cuti labour day). Tiba2 hari khamis tu member aku Aidi ajak aku pergi Upsi, dia kata Tanjung Malim tu tak jauh dengan rumah aku, so aku bolela balik. Aku jadi berminat la sebab dahla ade event, pastu aku fikir2 & decide nak balik. So aku plan perjalanan aku untuk terus ke kampung memandangkan family aku pon memang dah ada kat kampung. Aku plan dah smpai tanjung malim tu, naik tren direct ke Seremban pastu naik bas ke Bahau.
Pagi2 Jumaat tu, kitorang bertolak dalam pukul 10.30 am, sarapan dulu kat Changlun. Aidi Palap jadi driver sepenuh masa. Sampai Tanjung Malim dalam pukul 2.30 pm, terus cari ktm. Aku pergi cari tiket, tengok2 kaunter tutup. Aku dah risau dah, kaunter ktm die mmg macam tak hidup je aku tengok. Aku bgtau Aidi, bincang2 & aku decide nak naik bas direct ke Seremban. Aidi ajak makan dulu sebab masing2 dh lapar, makan nasi ayam penyet dulu. Pastu terus ke stesen bas T.Malim cari tiket.
Ada 4 kaunter je bukak, pastu semua takde tiket ke Seremban. Pastu aku dah mula risau, nak fikir pon tak bole. Pastu aku decide turun kl dulu, dah sampai kl baru cari tiket ke Seremban. Tanya2 tiket ke TBS pon takde yang paling dekat Pudu, aku pon beli je la tiket Pudu yang berharga RM7.70. Aku tanya pukul berapa, die cakap sekarang. Kelam-kabut aku berlari ke kereta Aidi, ambik sume barang..terima kasih pon tak sempat cakap, terus berlari ke bas. Elok aku duduk (seat belakang sekali), terus bas jalan. Aku dah fikir dalam kepala otak..pelek perjalanan aku kali ni, naik bas lompat. Ironiknya, aku pon dok melompat2...taula kan, kalau bas lalu jalan tak rata, penumpang lagi2 seat belakang terlambung2.
Time tu pukul 3.30pm, tiba2 aku start rasa nak terkencing. Dahla dengan sejuk air-cond, kat luar hujan plak. Mula2 aku nak tahan, bila tengok signboard 50 km ke KL terus aq bgtau driver aq nk kencing, die pon berhenti kat S.buloh rasenya. Paling bes, aku sorang je keluar...aku tak tahula rombongan kampung pekan bandar mana dalam toilet tu..Penuh!!! Aku yang dah tak tahan, rasa nak pecah urinary bladder ni decide just kencing berdiri, pon penuh. Beratur la belakang satu pak cik ni, entah kenapa lama sangat..tak tahu apa dia buat. Orang sebelah dia habis dulu, pastu aku terus potong line...x kira aku. Bila dapat lepaskan, lega weyh. Yang peleknya, pak cik sebelah aku tu still tak tinggalkan "booth" kencing tu. Kasihan. Ade masalah peredaran air kencing kot.
Aku dengar bunyi hon tau dari luar, aku terus berlari masuk bas yang betul parking depan toilet..tengah jalan. Kat belakang banyak kereta tersekat. Bila aku masuk, bas terus gerak. Rupe2nya, bas ni memang tengah tunggu aku sorang. Time aku nak jelan ke seat, sume pandang tak puas hati. Rilek la.
Aku frust giler masuk KL, rasa tak sampai2. Jem kat setiap pelosok. Aku dahla risau tak sampai kampung. Akhirnya lepas beberapa jam stuck dalam traffic, 6.30pm aku sampai pudu. Aku berlari keluar terus cari toilet..lagi. Bas sejuk sangat sampai asyik nak terkencing. Aku dhla first time sampai Pudu, first time naik bas lompat...memang blur2 la. Tengok kat sign kt dinding, tiket ke Seremban bole dibeli di tingkat 2. Aku naik tingkat 2, tengok semua kedai tutup. Pastu aku turun balik & nak turun ke tempat bas. Pastu ada satu brader ni tanya aku, nak pergi mana. Aku cakapla, Seremban. Dia cakap tiket Seremban beratur belah sana.
Ya Allah! Panjangnya Line!! Aku tak berfikir panjang terus beratur. Pastu ada sorang mamat India edarkan tiket yang berharga RM6.00 sorang demi sorang. Yang besnya, smpai turn minah depan aku, minah tu cakap dia nak beli dua tiket..satu lagi untuk kawan dia. Pastu mamat India tu kata tak boleh sebab ada ramai orang kat belakang. Betul2 sampai giliran aku, dia kata aku orang last untuk bas ke Seremban. Ya Allah, rezeki. Bas seterusnya memang ada tapi sejam seterusnya.
Aku bersyukur giler time tu, dapat naik bas ke Seremban dalam pukul 7.15, terus bertolak. Aku makan roti sandwich aku beli tadi. Aku rasa tak bermaya dah, energy dah paling minimum. Time tu aku suruh abang aku bertolak ke Seremban. Dah tak larat nak naik bas lompat lagi ke Bahau. Sampai je Sg.Besi, aku terus syahid. Sedar2 aku dah sampai Seremban & abang aku tggu kt Petronas berhadapan stesen bas Seremban.
Sebab aku lapar sangat, aku makan dulu & terus shoot ke Jempol, kampungku. Dah sampai tu rasa lega dah, ingat dah tak sampai dah aku ke Jempol. Memang 1st time rasa pengalaman naik bas lompat & harap aku dah takde perjalanan macam ni lagi. HAHA...
Baca kisah pertunangan Nek Nuk di sini: Akhirnya, Nek Nuk jadi Tunangan Orang!!