nuffnang adds

Monday, April 17, 2017

Heading To Seoul, Korea (Departure From KLIA 2)

Vacation starter pack be like

Kitorang punya flight pada pukul 1.00 pagi, jadi pada pukul 9.00 malam kitorang sudah bertolak dari rumah ke KLIA 2. Tahap excited kami memang tidak tercapai dek akal, macam tidak percaya kami akan ke Korea. Kami sampai dalam pukul 9.00 lebih, terus pergi check-in luggage. Kami tidak akan mengalami masalah terlebih berat sebab dari rumah kmai sudah susun barang dalam bagasi supaya beratnya balance dan tidak overlimit. Kami sudah pastikan semua luggage tak mencecah 20 kg. Akan tetapi semasa proses menimbang, luggage Mak Su mencecah 20.9 kg. Pekerja kaunter juga tidak cakap apa-apa, mungkin beliau juga tutup sebelah mata, fikir nak habis shift sahaja. Kami settle proses check in dengan cepat, manakala geng satu lagi (geng Nek Nuk & Mek Ti) mengambil masa yang agak lama disebabkan luggage Uwan exceed berat. Satu pekerjaan untuk Pak Cik untuk balance balik semua luggage supaya semua tidak exceed.





Bawak stok makanan untuk 6 hari kerana di sana agak susah untuk dapatkan makanan halal. Kalau ada pun makanan dijual dengan harga yang sangat mahal. Jalan terbaik untuk kami ialah bawak makanan dari Malaysia untuk percutian yang lebih jimat. Bantal leher tersebut beli sehari sebelum bertolak, memang semata-mata untuk pergi Korea. Flight kami 6 jam kot, kemungkinan leher akan terkehel.

My parents yang tolong hantar kami departure.



Luggage kami sudah settle. Boleh tarik nafas lega sebab urusan berjalan lancar.

Geng Nek Nuk masih belum settle sehinggakan Mak & Abah hendak balik sebab sudah tidak tahan ngantuk.

Macam biasa, selfie ngn Nek Nuk apabila berjumpa.


Gedikz Hero going on a vacay!



Mak Su first time gi obersea. Tu muko eh nampak excited yo...




Gedikz siblings. Kaklong tidak join kami, sebab Kaklong sudah pernah pergi Korea pada tahun 2012.

Apabila semua uruan sudah settle, kami terus check-in & masuk plane. Tepat pukul 1.00 pagi, flight berlepas. Gedikz Siblings dapat seat dekat-dekat, Nek Nuk dan Nenek juga dapat seat dekat-dekat. Mak Su seorang tercampak jauh ke belakang. Time hendak berlepas, perut tiba-tiba lapar...apa lagi, kitorang godam dulu sebungkus roti Buttersquash sampai licin. Belum sampai Korea kami sudah serang bekalan makanan. Lebih kurang dalam 20 minit, masing-masing sudah mula mengantuk kerana suasana yang sangat gelap. Selepas itu, semua lena. 

Masa awal-awal perjalanan, sebelah Tarot ada orang tiba-tiba beliau menghilang tidak tahu pergi ke mana. Mungkin beliau menjumpai seat yang lebih selesa. Taro pun apa lagi baring je la. Hendak tidur dalam keadaan duduk sangat tidak selesa. Tarot tidur terlampau lena sampai tidak hirau apa yang berlaku di sekeliling. Sedar-sedar suasana sudah terang, malah kami menyaksikan sunrise di bumi Korea.



Menikmati Sunrise dari kapal terbang


Tarot landing baik punya.

Tarot juga sempat selfie dengan pramugari Korea.


Moment menjejakkan kaki di bumi Korea.








Kami touchdown dalam pukul 7.00 pagi (waktu Korea). Keluar-keluar kami terus dapat rasa angin Korea yang sangat dingin, sejuk dan nikmat. Kami cepat-cepat "check-out" dan ambik luggage. Cerita yang paling sedih berlaku waktu ini, semasa proses check out, rendang Uwan yang dibawa dari Korea tidak lepas gate. Rasa sangat frust dan sedih sebab sudah lama Tarot nak makan rendang Uwan. Kami tidak boleh buat apa-apa dan terpaksa tunggu raya akan datang.

Kami disambut oleh Azri, tourist guide kami. Beliau merupakan bekas pelajar di Korea, sekarang  bekerja secara full-time sebagai tourist guide di bawah Lurima Travel. Beliau memberikan masa untuk kami freshen up. Selepas itu kami terus bergerak ke mini bus.

Nek Nuk & Mini Bas.

Annyeonghaseyo Korea!!

Uwan-ku yang comel. Semasa ini masing-masing tengah frust sebab rendang kene rampas dan dibuang.





Kami terus berjalan sebaik sampai ke Seoul. Semasa ini, tempat pertama yang kami akan lawati ialah Insadong Art Street. Di sana jugalah kami akan makan tengahari. (bersambung...)


2 comments:

  1. Waaa.... untunglah dapat pegi oversea. Aku di sini masih lagi mampu melihat.

    Baru lagi ke ni? seronoknya.

    Jeles wooow.

    Hari tu dapat tawaran pergi korea dari kementerian Malaysia untuk pelajar-pelajar yang bijak dalam IT dan Coding Computers. aku dengan seorang pelajar lelaki.

    Tapi takde rezeki sebab kitorang bacth yang terakhir untuk pemilihan.

    tapi takpelah. mungkin dapat suatu hari nanti. Heks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah baru lagi ni..nak wat camne rezeki xde lagi, tapi sumpah best giler weyh

      Delete