A Street where Korean Culture, Art and Heritage Meet
Lepas naik bas, kitorang terus berjalan. Kitorang otw ke tempat yang pertama iaitu Insadong Art Street, dalam masa yang sama kitorang lunch kat sana. Insadong Street Art ni menjual barang2 antik korea macam pasu, sutera, pakaian dan macam2 la yang melambangkan budaya Korea. Cenderahati pon ada dijual di sini tapa Azri cadangkan beli dekat Namdaemun Market sebab kat sana lebih murah. Tapi apa yang aku bole komen, tempat ni memang cantik dan unik. Memang rasa la suasana Korea dia.
Tiba je kat Insadong Street Art, sume orang prepare makanan tengah hari iaitu nasi himpit, sambal bilis dan serunding. Patutnya ada rendang tapi..hmmm..Time prepare makanan tu, aku pun ape lagi bergambar di setiap sudut Insadong. Tapi suhu Korea agak mengejutkan, sejuk sampai menggigil aku. Tak sangka pulak sejuk macam ni, aku dahla tak bawak glove padahal belambak kat rumah.
Nasi beserta serunding daging. Memang sedap makan time lapar.
Mini bas kitorang
Cuba nak cover muka. Masa angin bertiup, sejuk dia sampai meremang bulu roma.
Kitorang makan dekat tempat open, lepas tu ada pentas terbuka. Kira kalau ada street perfromance, bole la buat kat pentas tu. Kitorang makan la atas pentas tu, takle bla sume orang yang lalu lalang pandang je kitorang. Nak makan pon tak selesa, pelek sangat ke kitorang makan..Hahahaha.
Tengah sedap makan, tiba-tiba aku rasa ada air menitik. Mula-mula kitorang abaikan, lepas tu makin banyak pulak air menitik. Hujan turun semakin lebat, terpaksa makan cepat-cepat & berkemas. Time tu diorang sibuk nak beli payung aku pulak sibuk nak cari glove. Rasa jari jemari dah kebas, malangnya takde jual glove.
Big-bro tanya Si Azri pasal susu pisang. Time tu aku tak tau lagi pasal famousnya susu pisang Korea ni. Azri pon cakap la yang susu pisang ni selalu ada jual kat convenient store dengan harga dalam 1200 Won (dalam RM 5.00). Time nak beli tu, susu ni bukan ada flavour pisang je malah macam2 perisa iaitu nescafe, melon, strawberry dan light. Aku bercadang nak cuba semua perisa sepanjang kat Korea ni. Time ni kitaorang cuba perisa Light dulu, light ni perisa pisang jugak cuma kurang gula.
Sekarang baru aku tahu, kenapa susu ni sangan popular dalam kalangan masyarakat Korea, sedap giler kot. Orang Malaysia pon ramai yang suka susu pisang ni. Lepas tu, kitorang terus berjalan sepanjang jalan Insadong.
Insadong memang sangat cantik dan mengetengahkan budaya dan keseniaan Korea. Tapi masa kitorang berjalan ni suhu makin lama makin menurun. Sejuk die jangan cite, berdiri la bulu roma. Tiba2 kitorang ada dengar seorang penjual jalanan panggil, "Akak cantik". Kitorang terus berminat & datang ke gerai dia. Penjual Kuku Tarea yang berbahasa Malaysia membuat demonstasi kuih Kukul. Kuih ni basically berintikan kacang dan disaluti tepung gandum + madu. Tapi yang uniknya, tepung gandum tu di huraikan jadi macam selembar benang pastu die gulung dengan kacang.
"Abang! Abang! Saya nak yang tu, nak jugak!!"
"Haisy, tak payahla"
Lepas tu, kitorang pon kembali ke bas untuk lawat ke tempat seterusnya iaitu Bukchon Hanok Village. (bersambung...)
Bersambung di sini: Bukchon Hanok Village, Traditional Culture Centre
Salam the fool. Terima kasih sebab follow saya. Saya dah follow awak.. Have a nice day!
ReplyDeletewah bestnyaaaa. nak pegi sana jugak :)
ReplyDeletewah!seronoknya....
ReplyDeleteniat tu ade nak pergi...
tapi belum de rezeki lagi...
time kakak melawat korea pun, singgah juga di insadong st art ni ...
ReplyDeletesuka lah insadong ni, tempat dia jual brg2 souvenirs ...
ReplyDeleteHello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com
LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:
ReplyDeleteHello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com
LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement: