nuffnang adds

Thursday, April 27, 2017

The Razali's Days Out, at Pusat Kecemerlangan Harum Manis


Sesudahnya kelas thermodynamics, kitorang nak pulang ke kolej kediaman. Tapi time tu panas die, jangan cite...berlecak2 badan. Langsung tak sama macam kat Korea (Hahahah...panas salah, sejuk salah). Tapi serius, memang panas sampai banjir2. Selepas itu, Daus mencadangkan untuk singgah satu tempat, iaitu Pusat Kecemerlangan Harum Manis. Kat situ sume bende based on Harum manis, pulut harumanis, aiskrim harumanis, ice-blended harumanis segalanya harumanis. Sebab memang dah plan, anak2 Razali nak keluar sekali (Hakim, Daus dengan Aku memang mempunyai nama bapa yang sama, Razali). So, kitorang tidak berfikir panjang, terus bertolak. Ernie pon ikut sekali sebab die mengidam, xpela walaupun dia anak Tasuni..dia pon turut join.

Aku guna Google Maps untuk cari lokasi Harumanis ni. Dalam 20 minit jugak la dari main campus UniMap. Dahla dia bawak ikut jalan dalam. Lepas 20 minit kitorang sampai.














Aku dan Daus memang terliur tengok aiskrim harumanis, so kitorang order yang tu. Aiskrim ni bole didapati dalam tiga saiz iaitu kecil (RM 2.00), sederhana (RM3.00) dan besar (RM5.00). Rasa dia memang pergh....nikmat beb!! Memang sesuai dimakan pada cuaca yang sangat terik. Bila aiskrim tersebut membasahi tekak, nikmat dunia.

Kecil ( RM2.00)

Besar (RM5.00)

Ernie MPP dan Hakim plak order set harumanis. Dapat pulut harumanis serta jus harumanis. Yang tu pon bole tahan sedap tapi kalau ditambah dengan santan memang Perfect! 

Sedikit maklumat menarik tentang harumanis, harumanis ini dimulakan sektornya di Kuala Selangor. Selepas itu, harumanis ini diklon dan dihantar di merata Malaysia dari Johor sampai Perlis. Atas sebab2 tertentu, harumanis hanya boleh bertahan di Perlis. Kajian menunjukkan faktor cuaca, suhu dan tanah yang menjadi punca kepada harumanis untuk hidup. Harumanis mengambil masa 5 tahun untuk berbuah so, selepas 5 tahun baru jualan harumanis diadakan secara besar-besaran. Atas sebab itu jugak lah, harumanis dijual dengan harga yang agak mahal.

Hakim berhasrat untuk menanam pokok harumanis, so kitorang mintak biji harumanis kat abang yang jaga kedai ni.

Puteri Harumanis





Biji Harumanis yang si Hakim nak tanam belakang rumah dia


The Razali's menawan Ladang Harumanis



Ladang Harumanis 


1 comment: