nuffnang adds

Friday, April 14, 2017

Penemuan Bom di Unimap Masuk Surat Khabar Tempatan


Penemuan bom perang dunia di sekitar kawasan kampus utama beberapa hari yang lalu, telah menjadi isu yang menarik perhatian ramai. Segelintir warga unimap turut khuatir atas keselamatan mereka dan status keaktifan bom tersebut. Berita yang menjadi sensasi ini turut mendapat tempat dalam surat khabar tempatan. Pihak2 tertentu telah mengambil inisiatif untuk mengambil langkah meletupkan bom tersebut pada jam 3.40 pm, 14 April 2017 untuk keselamatan warga Unimap. 

Jabatan Keselamatan Unimap juga telah mengeluarkan notis di bawah:

Per: pemusnahan/pelupusan bom di kampus pauh putra. 

Assalamualaikum semua, 

A. Gate A ditutup jam 1500h, semua lalu lintas dihalakan ke gate B. Penutupan sehingga pemusnahan selesai

B. Mohon maklum kepada Pusat Sukan dan Pejabat Tapak Jab. Pembangunan untuk mengosongkan premis bermula 1500h sehingga pelupusan selesai

C. Tutup aliran trafic di kawasan roundabout.

D. Sekiranya ada aktiviti di dewan ilmu, mohon semua berada di dalam dewan sehingga pemusnahan selesai

E. Semua aktiviti di dalam kampus perlu indoor sahaja.pergerakan/outdoor tidak dibenarkan sehingga pelupusan selesai.

Mohon tindakan segera diambil

Thanks

*Jabatan Keselamatan UniMAP*



No comments:

Post a Comment