nuffnang adds

Tuesday, April 4, 2017

Student Life: Pelajaran vs Kewangan



Semua orang tahu, budak uni patut lebih fokus dalam pelajaran, lebih mengutamakan lab report, assignment, hal2 kolej, aktiviti2 universiti dan segala bende berkaitan dengan Uni. Tapi zaman sekarang ni, dengan kegawatan ekonomi yang mencabar, student dah letak "Universiti Life" jadi no 2, diorang lagi pentingkan untuk cari duit. Aq xtau la pasal uni atau orang lain, tapi orang sekeliling aq..rata2 memang ade kerja samada part-time ataupun kerja tetap. Aq pon dok tertanya2, kite ni student, ape tujuan utama kita masuk Uni. Bukan kita patut menyempurnakan sifat kita sebagai seorang mahasiswa, kenapa lebih cenderung untuk bekerja. Bila aq dok slow talk ngn member2 yang bekerja, baru aq paham (sebab tu penting kita dengar cerita dari pihak kedua). Diorang memang xde sumber kewangan drpd mana2 pihak, so diorg kene tanggung makan minum diorg sendiri. Kalau diorg x kerja, diorg mmg xde duit nak makan. Sebab macam aq pon ade gak keje part time, tapi aq punya duit dah cukup utk keperluan aq. Cuma nak ada duit lebih untuk mengisi dan memuaskan kemahuan sendiri. Yela, kita ni dah smpai tahap umur kemuncak, kemahuan pon memuncak. Macam aq sendiri, nak beli kasut, tali pinggang, beg, nak gi travel lg. Memang pakai banyak duit. Sebab aq pon cuba berjimat giler2, makan nasi sekali sehari (yg ni susah weyh) & cuba ambik lauk paling murah.

Tapi aq dok berfikir lama, student sekarang macam dh terpesong in term of tujuan diorg masuk Uni. Memang la diorg KENA kerja demi sesuap nasi, tapi kita kene tau keutamaan kita. Bukan aq menentang student yang kerja ni tapi kekadang kesian gak. Ade yang kerja dr petang smpai tengah malam. Esok pagi bangun pergi kelas smpai petang...balik terus gi kerja. Yang tu xpe lagi, ade yang tuang kelas, curi tulang buat assignment, tak datang perbincangan...jenis yang effect orang lain. Sebab member2 aq pon berkejar2 cari kerja macam barista, tukang cuci, buat air, kerja kedai buku. Aku xdela salahkan sape2 tapi memang sbb ekonomi yang sangat teruk ni menjadi faktor utama kepada masalah ni.

Bila aku fikir bende ni lagi meluas, sebenarnya bagus gak bila student kerja ni. Diorang belajar berdikari, belajar macam mana susahnya nak cari duit. Sebab bila kita dah grad nanti, jadi siswazah..keluar2 terus kene kerja. Kita bole guna pengalaman kerja kita dulu untuk kerja akan datangg lagi2 kalau berkait. Sebab aq pon ade kerja part time, mmg rasa berbaloi...kau kerja untuk 4 jam, pastu terus dibayar RM 15 on the spot. Memang rasa puas & berbaloi sebaik2 kau terima duit tu. Of course paling penting, pengalaman. Sebab sepanjang kita kerja kita jumpe ramai orang...tau macam mana nk manage, nak kerja under pressure..kita belajar banyak bende.

All in all, aku pon xtau kerja semasa belajar ni banyak baik ke banyak buruknya. Terpulang kepada keperibadian masing2 macam mana nak menilai bende ni. 

Ni member aku, Paan. Aku curi2 tangkap gambar dia time dia kerja sebagai Barista. 

2 comments:

  1. apa yang awak tulis ni ada betulnya. kawan2 awak yang bekerja tu ada masalah sumber kewangan. kita tak tahu masalah orang kan. memang ramai yang belajar sambil bekerja sekarang ni. apa pun, in sha Allah atas usaha keras masing2 dpt menyempurnakan diploma ijazah korng.
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak...zaman skrg ni mmg kene kerja keras untuk segulung ijazah

      Delete