Tuesday, March 28, 2017

Kehidupan di Universiti Tidak Seindah Yang Disangka

Time aq sekolah, aq ade tanggapan bahawa kehidupan kat universiti ni sangat indah, memang bes giler. Smpai aq rasa x sabar nak masuk U, nk menikmati setiap detik di U macam yang diimpikan. Bila dah masuk U, HAHAHA...baru la tau realiti hidup di U. Kat sini la kau kenal macam2 jenis orang, pelbagai perangai..kalau yang ok tu okla..tp kau akan tau penikam belakang (walaupun dok gelak2 sama ngn kau), jenis tuang kelas, jenis suke lari keje, jenis amek kesempatan, jenis terlampau sosial & macam2 la. Tapi x semua org teruk, ade gak yang baik hati suke tolong orang. Ntah la, bagi aq kite ni dh smpai satu peringkat umur di mana keperibadian kita terserlah. Kekadang kita bukan jenis macam tu pon, tp tibe2 kat Uni kite ade perangai tersendiri.

Kalau korang berimaginasi kat Uni ni terjumpa jodoh, terlanggar buku jatuh..pastu nak kutip balik terpegang tangan...tolong la stop angan2 anda. Kitorg nak bawak buku pon malas, kertas pon mintak member sebelah (konon2 nak salin nota, habis kelas xtau kertas tu gi mana). Pompoan pon hilang keayuan terutamanya time nak berebut naik bas sbb malas nk tggu bas lagi satu, time berebut makanan, cop tempat dalam lecture...mmg kat Uni kau kene bersaing dari banyak segi. 

Aq pon terkejut & x sangka, orang yang kita rapat masa sem 1, dah x rapat bila masuk sem 2. Dari sem ke sem banyak perubuhan in term of orang yang kau rapat. Kau rapat hari ni x semestinya kau rapat esok, so kene hati2 dengan sape yg kau percaya. Tapi apa yang aq bole nasihat kat sape2 yg belum masuk Uni, sila aktifkan diri anda. Jangan dok terdampar atas katil setiap kali weekend, macam xde life je. Masuk Uni ni sekali je, corakkan kehidupan Uni anda seindah habis. Join je apa2 yang bole, libatkan dalam ape2 organisasi sosial. Time tu kau kenal ramai orang konfem kau xkan menyesal...kau akan menyesal kalau kau grad nanti, tp kau rasa life kat uni ni x berwarna.   

Hipstur & Aqim.. :)

Ni antara bakal family aq kat sini. Secretariat Festkon 12!


7 comments:

  1. Nice, but too short. Btw nice blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg buat pendek on purpose..kalau macam sy, suke short & simple

      Delete
  2. okay, wait for longer post next time.

    ReplyDelete
  3. Yes. Suka dengan tajuk, memang tak seindah yg disangka

    ReplyDelete
  4. Betul, semasa kuliah dulu pun aku malas Bawak buku2. Nyatet cuma pake buku notes kecil sebesar bon struk belanja #hahaha
    Salam kenal. Blogwalking

    ReplyDelete
  5. Nice entry.... dah 10 tahun tinggal zaman u, disini hanya 5% kehidupan sebenar, alam pekerjaan lagi mencabar.....maka kuatkan keazaman dan jati diri ye....

    ReplyDelete